^_^

Saturday, December 18, 2010

.: Api bakar rambut model :.

LOS ANGELES - Rambut seorang model wanita yang berada di dalam tab mandi terbakar semasa parti penyanyi rap, Diddy-Dirty Money diadakan di sebuah bilik hotel di sini, lapor sebuah akhbar semalam.



Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada api lilin yang terletak di belakang model berkenaan.
Pada mulanya, model itu tidak menyedari rambutnya itu terbakar semasa penyanyi tersebut berbual secara langsung dalam program mempromosikan album terbarunya pada Selasa lalu.
Namun, apabila api tersebut semakin membesar dan bahang panas terasa, beberapa orang di sekeliling model itu mula melarikan diri termasuk penyanyi berkenaan.
Model itu kemudian bertindak dengan merendamkan rambutnya ke dalam air yang terdapat dalam tab mandi menyebabkan ia padam.
Penyanyi itu kemudian menenangkan para pengunjung dengan menyatakan bahawa insiden tersebut berada dalam kawalan.

: kosmo online :

2 BuDaK pUrpLE:

Hanis Azla said...

berada dalam kawalan sebab bukan rambut dia yag terbakar kot.. he..he..

TS said...

hanis Azla: thu xpe..klu die pnye rmbut mesti bengang tu..hehe

.