^_^

Tuesday, November 2, 2010

.: Peniaga dipukau lelaki berkopiah :.

SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai runcit kehilangan wang tunai RM2,100 selepas bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang memakai kopiah putih ketika mangsa memasukkan duit di dalam mesin deposit sebuah bank di Seksyen 14 di sini Khamis lalu.
Ketika kejadian pada pukul 1.21 tengah hari itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an pergi ke bank terbabit seorang diri untuk mendepositkan wang sebanyak RM5,000.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, semasa berada di dalam bank, bahu mangsa tiba-tiba ditepuk oleh seorang lelaki juga berusia dalam sekitar 50-an yang berada di belakangnya.Lelaki itu kemudian menegur mangsa kononnya cara dia memasukkan wang ke dalam mesin deposit salah dan ingin membantu.
“Mangsa selepas itu seakan-akan terpukau dengan menyerahkan kesemua wang kepada lelaki yang memakai kopiah itu. Selepas melakukan transaksi dia menyerahkan slip bank kepada mangsa lalu meninggalkan premis tersebut.“Beberapa minit kemudian, mangsa yang melihat slip bank itu terkejut apabila mendapati hanya RM2,900 yang dimasukkan manakala baki dipercayai dilarikan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
credit to: www.kosmo.com.my

5 BuDaK pUrpLE:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

ish--ish--jaat tul org yg pkai kopiah tu..sengaja la tu na tjk baek, pastu pukau org supy org tetipu..huhu~

TS said...

ntahla...xthu nk ckp pe...
pukau2 ni makin bnyk kot..

immukmin said...

salam....mengenai isu pukau ini..sudah lama.. jadi kita sbg seorang muslim..kembali kepada Allah...sesungghnya Allah sebaik2 perlindung.. bacalah ayat kursi sebelum melakukan perkara yg kita rasa kita diancam..sbg pendinding diri//

TS said...

immukmin: I.Allah..sentiase ingt..

Lovely Homemade Products said...

adush!!skrg ni mcm2 jadi..klu dulu klr sorg2 pon rasa ok je..skrg ni akak pon dah xklr sorg2 mesti ajak hsbd...mintak2 lah kita semua dijauhi benda2 mcm ni kan...

.