^_^

Wednesday, November 3, 2010

.: Budak maut, warga Jerman hilang :.


ALOR SETAR - Banjir yang melanda Kedah sejak Sabtu lalu meragut korban pertama apabila seorang kanak-kanak berusia 13 tahun ditemui mati lemas manakala seorang warga emas berbangsa Jerman hilang dalam kejadian di Padang Terap dan Kubang Pasu semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, mayat kanak-kanak itu, Mohd. Zaki Amani Shaari ditemui selepas dilaporkan hilang ketika memukat ikan di kawasan bendang bersama abangnya di Kampung Charok Bongor, Kuala Nerang dekat sini kira-kira pukul 5 petang semalam.Katanya, mayat Mohd. Zaki ditemui kira-kira sejam kemudian di tempat dia dilihat tenggelam oleh penduduk kampung yang menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini.Dalam pada itu, seorang wanita warga emas berbangsa Jerman dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras berhampiran rumahnya di Kampung Kerenjis, Kota Giam, Jitra dekat sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Haminuddin berkata, mangsa, Erna Fisher, 64, dilaporkan hilang kira-kira pukul 8.30 malam ketika keluar bersama anak dan menantunya untuk menyelamatkan diri selepas rumah mereka dinaiki air.
Difahamkan, paras banjir di kampung berkenaan mencecah dua meter dan keadaan berbahaya kerana arus deras."Anak dan menantunya berjaya menyelamatkan diri tetapi mangsa dihanyutkan. Sehingga pukul 5 petang ini (semalam) mangsa belum ditemui," katanya.
cerdit: www.kosmo.com.my

1 BuDaK pUrpLE:

ainzuryn said...

byk musibah terjadi atas kerakusan manusia jugak...

.