^_^

Friday, November 5, 2010

.: Budak 4 tahun tak makan selama 4 tahun :.


CARLTON - Seorang budak lelaki di Britain, Daniel Harrison, berusia empat tahun trauma untuk mengambil makanan pejal sehingga menyebabkan dia tidak makan selama empat tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak lelaki itu yang menghidap autisme, takut untuk makan atau minum selepas dia diserang sakit gastrik yang teruk semasa masih bayi.Fobia yang dihidapi oleh Daniel menyebabkan dia terpaksa diberi makanan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.

Bagi mendapatkan makanan dan rawatan, Catherine dan Kevin Harrison iaitu ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa berulang alik dari sebuah hospital di London yang terletak agak jauh dari kediaman mereka di sini, England. Kos bagi rawatan tersebut juga mahal.
"Berdasarkan sudut perubatan, anak kami boleh mengambil makanan seperti manusia normal, tetapi dia amat takut untuk makan atau minum," kata bapanya.
Setakat ini, pakar-pakar di Britain gagal mengubati ketakutan Daniel untuk makan tetapi ibu bapanya tidak berputus asa dan merancang untuk membawanya ke sebuah klinik pakar di Austria sebagai jalan terakhir untuk merawat anak mereka.
Keluarga tersebut kini gigih untuk mengumpul dana berjumlah £20,000 (RM99,437) bagi tujuan itu.
:kosmo online:

3 BuDaK pUrpLE:

Lisa said...

hahaha, ade gak orang yang camni ennnn. huhu. baru tawuu kot. tapi kann, takde kesan sampingan keh asek amekk guna tiub?

iEyLa said...

tu la..maybe nk overcome that illness tu yg nk wat operation kot...

deqlis said...

isshh...teruknyer trauma...sampai tak mkn ikut mulut... hmm cam takde nafsu makan jgk kot?? klu kite nampak ayam gereng mulut dh nganga dah rasanyer hihi

salam kenai yer... dh bw sampai sini..bc lak kisah nie..

.