^_^

Monday, November 1, 2010

.: PataH Kaki, HidunG diBeLasaH JiRaN :.

GEORGE TOWN - Seorang nenek patah paha kanan dan hidungnya selepas dia mendakwa diserang, ditumbuk dan dipijak oleh ibu bapa kepada dua beradik yang membuat bising di hadapan rumahnya di Flat Bandar Baru Perda di Teluk Kumbar di sini baru-baru ini.
Amat menyedihkan apabila semasa kejadian pada pukul 6 petang pada 27 Oktober lalu itu berlaku ketika mangsa yang berusia 43 tahun sedang memangku cucu lelaki sulungnya yang baru berusia sebulan.Akibat tindakan ganas pasangan suami isteri itu, bayi tersebut tercampak ke lantai.
Ketika ditemui, mangsa yang bekerja sebagai operator pengeluaran di Bayan Lepas di sini mendakwa, dia memarahi anak-anak jirannya yang didakwa sudah beberapa kali membuat bising di hadapan rumahnya di tingkat empat walaupun selepas beberapa kali ditegur.
"Dua beradik itu bukan saja bermain di hadapan rumah tetapi turut mengejek dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya."Niat saya hanya menegur mereka agar tidak bersikap kurang ajar dan membuat bising di hadapan rumah disebabkan cucu saya ketika itu sedang nyenyak tidur," ceritanya yang enggan dikenali.
Menurutnya, selepas menegur kedua-dua beradik lelaki itu, ibu bapa kepada kanak-kanak itu datang menyerangnya yang ketika itu mendukung cucu berada di hadapan rumah.
credit to: www.kosmo.com.my

6 BuDaK pUrpLE:

Encik MamaT said...

fuhh... mamu buat lecey pulak p pukui orang... :D

iEyLa said...

huhu..xpaham la diorg ni...

apik pehe said...

ank sendiri x trjaga..pstu nk marah2 lak

iEyLa said...

apik: thu xpe..ni nk marah ni..huhu

diana said...

ganas nye..

iEyLa said...

diana: ni bukan tahap ganas..
ni pengganas betul..haha

.