Kenapa terlalu ramai yang memberi persepsi negatif berkaitan adat perpatih di Negeri Sembilan...
Selalunya jika berkaitan dengan perkahwinan...
Ramai yang gerun apabila mengetahui asal si gadis dari Negeri Sembilan...
Hanya membabitkan perempuan sahaja sedangkan lelaki tidak dikisahkan sangat...
Antara tohmahan yang kerap kedengaran....
jikalau berkahwin dengan perempuan Negeri Sembilan kena masuk suku....
perempuannya kasar dan 'queen control'....
jika tak panjang jodoh akan papa kedana tinggal sehelai sepinggang....
Siapa kata kena masuk suku....
Siapa kata kena masuk suku....
suku hanya untuk perempuan itu sahaja....
jika adapun masuk suku hanya anak-anak yang lahir dari ibunya yang berasal dari Negeri Sembilan dan mempunyai suku.
Betapa bertuahnya diri lahir dalam kelompok suku 'Dondo' yang menyandang pusako....
Siapa kata perempuan Negori kasar dan 'Queen Control'....
Siapa kata perempuan Negori kasar dan 'Queen Control'....
semua negeri ada kes itu tetapi kenapa hanya diberi tumpuan khusus untuk wanita adat perpatih ini.....
lahir dari kelompok tanah adat ini dan belum berjumpa seorang pun yang seperti itu....
yang pasti wanita negori ini tabah hatinya dan memegang erat kepada janji....
mungkin tidak pandai bermulut manis tetapi hatinya bersih tanpa noda....
hidupnya tidak hipokrit dan bermuka-muka....
Siapa kata akan jadi papa kedana jika tidak panjang jodoh....
Siapa kata akan jadi papa kedana jika tidak panjang jodoh....
sedarlah bahawa harta isteri yang diwarisi itu yang tidak boleh diambil oleh suami....
Jika harta sepencarian ...bahagilah sama rata....
Betapa bertuahnya wanita adat perpatih ini kerana lahir dalam kelompok yang membela nasib mereka...
Betapa bertuahnya wanita adat perpatih ini kerana lahir dalam kelompok yang membela nasib mereka...
mewarisi harta pusaka kerana wanita dari azalinya merupakan kaum yang lemah dan perlu dibela...
lelaki Negeri Sembilan yang keluar mencari harta kerana azalinya lelaki menanggung keluarga....
Wanita diberi hak istimewa kerana tidak mahu nasib mereka diperlekeh andai jodoh tidak panjang...
mereka tidak perlu mengemis kerana telah tersedia tanah pusaka....
ada rumah untuk berteduh dan ada tanah untuk diusahakan...
betapa indahnya susunan adat di Negeri Sembilan....
Doa dan impian saya agar dijodohkan dengan orang senegeri kerana lebih memahami.....
Doa dan impian saya agar dijodohkan dengan orang senegeri kerana lebih memahami.....
dan tidak perlu mendengar tohmahan palsu yang direka oleh mereka yang tidak tahu....
credit to: someone's blog (sorry..xingat la plak..)
pic: Yahoo image
0 BuDaK pUrpLE:
Post a Comment